Sunday 18 March 2012


    RANCANGAN MENGAJAR
Nama Tabika                          :  Tabika Manja
Bilangan Umur                       :  18/20 orang
Umur                                      : 6 Tahun
Minggu&Hari                         : 2/selasa
Tarikh                                     : 16/3/2012
Cadangan Masa                      : 40 minit
Tema&Tajuk                           :     -
Tunjang Utama                       : Tunjang Sains dan Teknologi –Awal Sains
Tunjang Disepadukan                        : Tunjang Perkembangan  Fizikal & Estika –Kreativiti (KTI)
                                                
Standard Pembelajaran Utama:
(ST 2.1.6) memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk dipersekitaran
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan:
            1.(KTI 1.2.6) melukis rupa geometri iaitu segitiga, bulat, segiempat , bujur
            2.(KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang yang tertentu
.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid boleh;
            i. mengenalpasti bentuk dipersekitaran murid-murid.
            ii.Melukis rupa geometri yang betul
           iii. Mewarna gambar dengan baik.
Pengetahuan Sedia Ada: murid-murid sudah mengetahui beberapa objek yang berada         dipersekitaran mereka.
Penerapan Nilai : bekerjasama , ketekunanan, bersungguh-sungguh , perhatian,
Alat Bantu Mengaja :   kad imbasan, kertas  , warna air dan warna pensel
KBKK: Menjana Idea dan menghubung kait


Langkah/
Masa
         Aktiviti Guru
         Aktiviti Murid
Catatan/
ABM

Set Induksi
(5 minit)
      -    Guru masuk kelas dengan pakaian guru ditampal dengan pelbagai jenis bentuk seperti bentuk segiempat, bulat , bujur dan segitiga.
    -     Guru berjalan dari satu tempat ke satu tempat ke  satu tempat duduk murid-murid.
- guru memberitahu kepada murid-murid tentang pembelajaran mereka hari ini adalah tentang bentuk dan warna

-          Murid berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

-          Murid –murid berasa teruja dengan aktiviti yang telah guru lakukan.
ABM: kad imbasan

Objektif: (ii)

Nilai:
Memberi pemerhatian

KBKK:

Langkah 1 (10 minit)

-          Guru bertanya kepada murid –murid tentang bentuk sekeliling yang mereka  tahu
-          Guru menampalkan kad imbasan tentang bentuk  dan warna
-          Guru  menerangkan apa yang ditampalkan dihadapan .
-          Guru menanyakan kepada murid siapa tahu apakah bentuk yang sama denggan gambar bentuk yang ditampalkan.





-          Murid-murid memberi respon yang baik terhadap guru mereka



-          Murid memberi perhatian dalam proses pembelajaran mereka.

-           murid tertarik dengan proses pembelajaran mereka hari ini.

-          Murid –murid sungguh teruja dengan guru mereka ajari
ABM:
Kad imbasan ,

Objektif: (i)

Nilai:
Memberi pemerhatian

KBKK:
Menjana idea


Langkah 2
(20 minit)
-          Guru memberi arahan tentang aktiviti yang ingin dilakukan oleh murid-murid
-          Guru membahagikan arahan kepada murid supaya murid-murid  beratur dan duduk didalam kumpulan
-          Guru membahagikan beberapa kumpulan seperti 4 atau 5 kumpulan.
-          Guru memberikan tunjuk ajar tentang aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru
-          Aktiviti yang ingin dilakukan oleh murid-murid adalah aktiviti melukis dan mewarna.murid-murid dikehendaki melihat sekeliling mereka yang berbentuk segitiga , bulat , bujur dan segiempat.sebagai contoh meja . bentuk meja adalah segiempat.dengan itu,  murid-murid harus melukis segiempat dan warna lukisan tersebut.

-          Murid murid  mendengar dengan penuh perhatian

-          Murid bergerak mengikut arahan yang diberikan oleh guru

-          Murid duduk dikumpulan yang telah ditetapkan oleh guru

-          Murid mendengar penerangan guru tentang aktiviti mereka dengan perasaan yang gembira


ABM:
Kertas lukisan

Objektif: (i)(ii) dan (iii)

Nilai:
Memberi pemerhatian & bersungguh sungguh

KBKK: Menjana idea dan menghubungkaitkan

Penutup
5 minit
-          Guru mengimbas pengajaran yang diajar.
-          Guru bersoal jawab dengan murid-murid apa yang mereka pelajari hari ini
-          Guru memberikan tunjuk ajar dan penerangan apa yang patut dilakukan dikertas kerja
-          Guru memberi lembaran kerja untuk dibawa pulang kerumah sebagai lembaran kerja.
-          Murid memberi respon dan tindak balas yang baik tentang apa yang diajar.
-          Murid –murid memahami apa yang diterangkan oleh guru
-          Murid murid mendengar  arahan dengan baik.
ABM:
Lembaran kerja
Objektif: (1)

Nilai:
Memberi pemerhatian & bersungguh sungguh

KBKK: Menjana idea

No comments:

Post a Comment