Sunday 18 March 2012


    RANCANGAN MENGAJAR
Nama Tabika                          :  Tabika Manja
Bilangan Umur                       :  18/20 orang
Umur                                      : 6 Tahun
Minggu&Hari                         : 2/selasa
Tarikh                                     : 16/3/2012
Cadangan Masa                      : 40 minit
Tema&Tajuk                           :     -
Tunjang Utama                       : Tunjang Sains dan Teknologi –Awal Sains
Tunjang Disepadukan                        : Tunjang Perkembangan  Fizikal & Estika –Kreativiti (KTI)
                                                
Standard Pembelajaran Utama:
(ST 2.1.6) memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk dipersekitaran
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan:
            1.(KTI 1.2.6) melukis rupa geometri iaitu segitiga, bulat, segiempat , bujur
            2.(KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang yang tertentu
.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid boleh;
            i. mengenalpasti bentuk dipersekitaran murid-murid.
            ii.Melukis rupa geometri yang betul
           iii. Mewarna gambar dengan baik.
Pengetahuan Sedia Ada: murid-murid sudah mengetahui beberapa objek yang berada         dipersekitaran mereka.
Penerapan Nilai : bekerjasama , ketekunanan, bersungguh-sungguh , perhatian,
Alat Bantu Mengaja :   kad imbasan, kertas  , warna air dan warna pensel
KBKK: Menjana Idea dan menghubung kait


Langkah/
Masa
         Aktiviti Guru
         Aktiviti Murid
Catatan/
ABM

Set Induksi
(5 minit)
      -    Guru masuk kelas dengan pakaian guru ditampal dengan pelbagai jenis bentuk seperti bentuk segiempat, bulat , bujur dan segitiga.
    -     Guru berjalan dari satu tempat ke satu tempat ke  satu tempat duduk murid-murid.
- guru memberitahu kepada murid-murid tentang pembelajaran mereka hari ini adalah tentang bentuk dan warna

-          Murid berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

-          Murid –murid berasa teruja dengan aktiviti yang telah guru lakukan.
ABM: kad imbasan

Objektif: (ii)

Nilai:
Memberi pemerhatian

KBKK:

Langkah 1 (10 minit)

-          Guru bertanya kepada murid –murid tentang bentuk sekeliling yang mereka  tahu
-          Guru menampalkan kad imbasan tentang bentuk  dan warna
-          Guru  menerangkan apa yang ditampalkan dihadapan .
-          Guru menanyakan kepada murid siapa tahu apakah bentuk yang sama denggan gambar bentuk yang ditampalkan.





-          Murid-murid memberi respon yang baik terhadap guru mereka



-          Murid memberi perhatian dalam proses pembelajaran mereka.

-           murid tertarik dengan proses pembelajaran mereka hari ini.

-          Murid –murid sungguh teruja dengan guru mereka ajari
ABM:
Kad imbasan ,

Objektif: (i)

Nilai:
Memberi pemerhatian

KBKK:
Menjana idea


Langkah 2
(20 minit)
-          Guru memberi arahan tentang aktiviti yang ingin dilakukan oleh murid-murid
-          Guru membahagikan arahan kepada murid supaya murid-murid  beratur dan duduk didalam kumpulan
-          Guru membahagikan beberapa kumpulan seperti 4 atau 5 kumpulan.
-          Guru memberikan tunjuk ajar tentang aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru
-          Aktiviti yang ingin dilakukan oleh murid-murid adalah aktiviti melukis dan mewarna.murid-murid dikehendaki melihat sekeliling mereka yang berbentuk segitiga , bulat , bujur dan segiempat.sebagai contoh meja . bentuk meja adalah segiempat.dengan itu,  murid-murid harus melukis segiempat dan warna lukisan tersebut.

-          Murid murid  mendengar dengan penuh perhatian

-          Murid bergerak mengikut arahan yang diberikan oleh guru

-          Murid duduk dikumpulan yang telah ditetapkan oleh guru

-          Murid mendengar penerangan guru tentang aktiviti mereka dengan perasaan yang gembira


ABM:
Kertas lukisan

Objektif: (i)(ii) dan (iii)

Nilai:
Memberi pemerhatian & bersungguh sungguh

KBKK: Menjana idea dan menghubungkaitkan

Penutup
5 minit
-          Guru mengimbas pengajaran yang diajar.
-          Guru bersoal jawab dengan murid-murid apa yang mereka pelajari hari ini
-          Guru memberikan tunjuk ajar dan penerangan apa yang patut dilakukan dikertas kerja
-          Guru memberi lembaran kerja untuk dibawa pulang kerumah sebagai lembaran kerja.
-          Murid memberi respon dan tindak balas yang baik tentang apa yang diajar.
-          Murid –murid memahami apa yang diterangkan oleh guru
-          Murid murid mendengar  arahan dengan baik.
ABM:
Lembaran kerja
Objektif: (1)

Nilai:
Memberi pemerhatian & bersungguh sungguh

KBKK: Menjana idea

shape and colour


gambar dan warna

bunga 

bongkah dan warna

bentuk-bentuk 


lingkaran menara pelangi


cawan berwarna

Saturday 17 March 2012

Pengenalan tentang WARNA








Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.
Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Pengenalan tentang BENTUK








Bentuk secara amnya merujuk kepada rupa dan konfigurasi sesuatu objek, berbeza dengan jirimkandungan, atau bahannya; oleh itu, sesuatu ucapan boleh mengandungi alasan (bahannya) yang amat baik, manakala gayatatabahasasusunan (bentuknya) mungkin buruk. "Bentuk merangkumi struktur karya; kandungan merangkumi bahan, maksud, idea, atau kesan pengungkapannya."